SMS Terkini SAHABAT
Aktiviti Terkini & Kalendar MUTIARAfm
| Kha Sep 09 @16:00 - 04:30 Menjelang Syawal |
| Jum Sep 10 @00:00 - 02:00 Mutiara-KL Mai Raya |
| Jum Sep 10 Hari Raya Aidilfitri 2010 |
| Jum Sep 10 @02:00 - 03:00 Artis Kita Raya Sakan |
|
Siaran Radio di Pulau Pinang bermula melalui Pertubuhan “Penang Wireless Society”. Lesen pertama yang membenarkan Siaran Radio telah dikeluarkan pada 24 Ogos 1934.Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesen radio dan nama stesen ini ialah “ZHJ’. Siaran “ZHJ” dipancar melalui Gelombang Pendek 493 meter dari 7.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.
Apabila Jepun memasuki Malaya, Kelab C.R.C. di Jalan Burma telah dijadikan stesen Radio.
Radio Malaya muncul dengan siaran rancangan-rancangan dari Pulau Pinang tetapi Siaran Warta Berita disambung dari Singapura.
1948 Radio Malaya berpindah dari Kelab C.R.C ke Bangunan United Engineers di Lebuh Bishop.
Radio Malaya berpindah ke studio sementara di Jalan Sepoy Lines dari Pejabat sementara di Gelugor.
Radio Malaya mula berkhidmat di bangunan di Jalan Burma sehingga sekarang. Bangunan ini telah dibuka dengan rasmi oleh Gabenor Pulau Pinang, Yang Mulia Raja Tun Uda pada 30 Oktober, 1965.
Kini kita telah berada pada tahun 2009, sudah 47 tahun RTM bersiaran dari bangunan ini.
|


































